1 Muharam merupakan titik permulaan perkiraan tahun dalam Islam kerana ia dikira berdasarkan penghijrahan baginda ke Madinah. Akan tetapi tanpa kita sedari, kita telah dilalaikan oleh golongan yang tidak mahukan Islam dengan merencanakan pelbagai agenda untuk kita melupai sejarah pengorbanan yang telah dilakukan oleh baginda Rasulullah.
Suka untuk disebutkan disini, dalam perjuangan, baginda Rasulullah perlu diambil sebagai ‘role model’ yang sentiasa bersabar atas karenah umat. Sehinggakan baginda masih lagi memikirkan tentang umat di akhir hayat baginda. Sebagai penerus perjuangan, hati kita perlu sentiasa kukuh dan kuat untuk menepis segala tohmahan masyarakat. Sedangkan Baginda kekasih Allah sendiri tidak terlepas dari dicaci dan dihina, bagaimana mungkin kita yang tidak pernah dijamin syurga dan keampunan dari Allah bisa lari dari kata-kata caci manusia.
Dunia hari ini membuktikan bahawa sejarah perjuangan baginda semakain jauh dilupai. Musuh-musuh Islam laknatullah telah berjaya membuat kita leka dengan kemewahan dunia. Minda kita juga telah di ‘set’ kan oleh mereka supaya sentiasa memandang jauh kehadapan demi untuk melakukan perubahan arus hidup. Kononnya masih ada matlamat yang perlu dicapai di masa hadapan. Juga tanpa kita sedari, musuh-musuh Islam sekarang sudah boleh menongkat dagu menyaksikan peranan yang dimainkan oleh boneka mereka. Matlamat mereka telah tercapai. Islam hari ini sudah boleh diinjak-injak, dicaci maki, dan dihina. Semakin hari Islam semakin diratah mereka. Mereka juga telah memperlakukan Islam dengan sewenang-wenangnya sehingga mereka menggelarkan Islam sebagai terrorist, konservatif dan pelbagai nama. Agama Islam sendiri telah ditokok tambah oleh mereka yang tidak bertangungjawab. Kononnya syariat yang dibawa baginda Rasulullah sudah tidak sesuai lagi pada masa kini dan perlu dilakukan rombakan dan perubahan.
Jangan sampai Islam akan dilihat umpama lampin pakai buang yang hanya diambil mana yang perlu dan selebihnya diabaikan. Islam kini tidak ubah seperti telur dihujung tanduk. Hanya menanti untuk rebah. Nah, siapa yang harus memainkan peranan dalam mengembalikan ketuanan Islam untuk terus bersinar kalau bukan kita yang mengaku Islam. Selagi azan berkumandang, selagi ceramah dianjurkan di masji-masjid, selagi ada yang bernama Muhammad, selagi itulah musuh-musuh Islam tidak akan berdiam diri. Otak mereka akan terus ligat berfikir merencanakan agenda yang sesuai untuk menghancurkan agama Islam.
Mafhum firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 120 :
"...yahudi dan nasrani tidak akan sekali-kali redha kepada kamu sehingga kamu mengikuti kemahuan mereka. Katakanlah sesungguhnya petunjuk Allah adalah sebaik-baik petunjuk. Dan jika kamu turuti kehendak mereka setelah mendapat pengetahuan, tidak akan ada bagi kamu wali dan penolong yang dapat menyelamatkan kamu dari azabNya…"
Bersempena 1 Muharam, marilah kita merenung sejenak nasib anak bangsa kita pada masa akan datang. Keadaan kita pada hari ini adalah hasil usaha nenek moyang kita terdahulu. Nasib anak bangsa kita pada masa akan datang ditentukan oleh usaha kita pada hari ini berdasarkan acuan yang kita gunakan. Jika Al-Quran dan Sunnah diambil sebagai acuan, maka baiklah hasilnya nanti dan jika sebaliknya, kita yang akan menangis sendirian di akhirat kelak.
Dr Abdul satar berkata :
"..Ingatlah bahawa kamu didunia ini sebagai musafir yang asing, tetamu yang tidak diundang, ziarah sebentar kemudian pergi. Adakah tetamu telah melaksana hak tuan rumahnya? adakah penziarah telah memenuhi hak orang yang diziarahi? Siapakah diantara kita yang mengutamakan kebaikan sebelum kereputannya? Dan siapakah yang menyiapkan bekalan sebelum perjalannya...??"
Mafhum firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 197 :
"...dan hendaklah kamu membawa bekalan yang secukupnya kerana sesungguhnya sebaik-beaik bekal itu ialah memelihara diri ( dari keaiban meminta sedeqah ) dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal ..."
:::... jom tajdid niat...kuatkan semangat..tempuhi tahun baru dengan sebaiknya ...::: ",)









