May 19, 2008

::aku malu...

~~ malu wanita ~~

Kerana MALU si wanita tahu menjaga kehormatannya..
Kerana MALU si wanita tahu menilai batas- batas sosialnya..
Kerana MALU juga si wanita gagal diperdaya pujukan nafsu..
Kini si wanita itu sudah hilang MALUnya..
Kerana hilang MALU itu terdedahlah auratnya lantas kehormatan diri tergadai..
Kerana hilangnya MALU itu si wanita gagal menilai apa itu HARAM apa itu HALAL..
Kerana kehilangan MALU itu si wanita lemas dan hanyut dengan tipu daya nafsu

~~ malu lelaki ~~

Kerana MALU, si lelaki nasihat diri dan si wanita agar bersama-sama jaga maruah diri dan menjaga aurat..
Kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri dan si wanita tentang batas-batas sosial pergaulan, HALAL dan HARAM tu kena INGAT!
Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan mendidik nafsunya. .
JANGAN mengajak si wanita berbuat DOSA..
Selalu mengingatkan dengan kata "TAKUTLAH AKAN ALLAH !"
Kini, si lelaki itu sudah hilang MALUnya..
Kerana hilang MALU itu si lelaki mengajak si wanita BERBUAT MUNGKAR..
Kerana hilangnya MALU itu si lelaki lupa tentang hukum ALLAH SWT..
Kerana telah hilangnya MALU itu si lelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH!
Sabda RASULULLAH SAW,
"..SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN.."

~~Wahai si wanita dan si lelaki..~~

janganlah menzalimi diri dengan meletakkan MALU itu bukan ditempatnya..
MALUlah kamu dengan ALLAH swt kerana ingkar akan suruhannya..
MALUlah kamu dengan RASULLULLAH saw kerana meninggalkan sunahnya..
MALUlah kamu kerana lupa dan malas membaca AL-QURAN..
MALUlah kamu kerana tidak menghormati GURU..
MALUlah kamu kerana melawan kata IBUBAPA..
MALUlah kamu atas DOSA -DOSA kamu..

alimulfaqih : malu itu dapat menyelamatkan diri dari perkara fahsya' & munkar..

http://kpipm64.blogspot.com/2008/05/tazkirah-minggu-ini-malu.html

:: hari guru ( 16 mei )...

~~...hari ini dan semalam...~~
Guruku...
Hari ini...engkau di rai...
Hari ini...engkau dikenang...
Hari ini...engkau disanjung...
Atas pengorbanan jasa dan baktimu...
Mengajarku erti gembira...
Hingga kini aku bahagia...
Guruku...
Semalam...mereka derita...
Semalam...mereka sengsara...
Semalam...mereka merana...
Tanah palestin telah dinoda...
Kini...Hak mereka tiada lagi terbela...
Guruku...
Ajarkan aku erti derita...
aku erti sengsara...Ajarkan aku erti pengorbanan...
Ajarkan aku erti perjuangan...Kembalikan semangatku...A
ku ingin menuntut bela...
Guruku...
Mereka abang-abangku...
Mereka adik-adikku...Mereka kakak-kakakku...
Mereka ibubapaku...
Mereka bukan orang lain...
Kami serumpun...
Guruku...
Hari ini...
dikala engkau dirai...
Hatiku begitu terguris...
Telah lama mereka derita...
Sejak 60 tahun lalu...
Sampai bila...???
Wahai guruku...
Ajarkan aku...
rasai seperti yang mereka rasa...
Ajarkan aku...
Buat mereka bahagia...

alimulfaqih : buat guru2ku di musq...mti..mdw...tanta...

May 14, 2008

:: ibuku pembohong...

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibuku memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatanku sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongiku. Aku perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan kalian.
Cerita ini bermula ketika aku masih kecil. Aku lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga.


Pembohongan pertama...
Sebagai anak yang masih kecil, aku sering saja merungut. Aku menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untukku. Sambil memindahkan nasi ke mangkukku, ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak lapar."

Pembohongan kedua...
Ketika aku mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik.
Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu aku memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang aku makan tadi..
Aku sedih melihat ibu seperti itu.. Hatiku tersentuh lalu dengan menggunakan sudu aku memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata
: "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan."

Pembohongan ketiga...
Di usia awal remaja, aku masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahanku,abang dan kakak.Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi aku terjaga dari tidur. Aku lihat ibu membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali aku melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Aku berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi."

Pembohongan keempat...
Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemaniku pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menungguku di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar aku lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.
Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambutku dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih saying ibu yang jauh lebih kental.Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, aku segera memberikan cawanku itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata
: "Minumlah nak, ibu tak haus!!"

Pembohongan kelima...
Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu.Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata :
"Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki."

Pembohongan keenam...
Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata :
"Jangan susah-susah, ibu ada duit."

Pembohongan ketujuh...
Setelah tamat pengajian di universiti, aku melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajianku di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu aku sudahi dengan cemerlang,kemudian aku pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajianku juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, aku berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandanganku, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakanku. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata
; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang."

Pembohongan kelapan...
Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam aku menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Aku yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.
Aku melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajahku dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkanku sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya..Aku dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.
Aku menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Aku cium tangan ibu kemudian aku kucup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hatiku terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata :
"Jangan menangis nak, ibu tak sakit."

alimulfaqih : Ibu....maafkanku...aku sayangkan ibu...!!!aku berjanji akan jadi anakmu yang baik...

May 13, 2008

:: doa untuk sahabat...

jika engkau sahabat sejatiku...
tolonglah doakan untukku...
sampaikan doaku dalam doamu wahai sahabatku...
Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya...
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya...
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa...
Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa...
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa...
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibubapanya...
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya...
Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa...
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta...
Tolong ingatkan si dia aku kasihinyakerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mulamengagungkan cinta manusia...
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya...
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya...
Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga...
Tolong sedarkan si dia,tanggungjawabnya besar kepada keluarganya...
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana...
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta...
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya...
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya...
Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya...
Tolong pesan padanya aku membiarkanYang Esa menjaga dirinya...
Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia...
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya...
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku...
Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga...
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya...
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa...
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Hanya Allah yang mengetahui siapa si dia...
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia...
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa dan memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya...
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

alimulfaqih : "Sandarkanlah cinta kepada Allah...
pasti tidak kecewa kerana pasti ada balasan..."

Jan 10, 2008

:: happy new year...??


Menyingkap kembali sirah penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dan umat Islam dari Mekah ke Madinah pada tanggal 1 Muharam, membawa 1001 makna buat kita yang mengaku sebagai umat baginda. Telah banyak peristiwa-peristiwa yang berlaku ke atas baginda yang seharusnya kita jadikan pengajaran dan pedoman dalam menongkah arus hidup yang menyaksikan semakin hari semakin parah keadaan aqidah dan akhlak umat Islam sekarang.

1 Muharam merupakan titik permulaan perkiraan tahun dalam Islam kerana ia dikira berdasarkan penghijrahan baginda ke Madinah. Akan tetapi tanpa kita sedari, kita telah dilalaikan oleh golongan yang tidak mahukan Islam dengan merencanakan pelbagai agenda untuk kita melupai sejarah pengorbanan yang telah dilakukan oleh baginda Rasulullah.

Ia perlu dirai, tetapi bukan seperti meraikan sambutan tahun baru pada 1 Januari yang diraikan oleh kebanyakan kita sekarang. Bukan hanya sekadar menanti detik jam 12, seterusnya memasang bunga api serta menghiburkan hati dengan mengadakan pesta-pesta hiburan yang melalaikan yang langsung tidak dianjurkan Islam sedikitpun. Pengorbanan Rasulullah dalam mengembangkan Islam adalah lebih utama untuk diingati. Baginda telah menunjukkan jalan. Bukan sahaja menyuluh di jalan yang gelap bahkan menuntun tangan kita di jalan yang cerah supaya tidak ada lagi yang beralasan bahawa baginda telah mengabaikan kita di lapangan yang terang. Kita selaku umat Islam yang telah melakukan penyaksian dengan dua kalimah syhadah, sebenarnya telah berikrar untuk meneruskan perjuangan baginda dan mahu bersama-sama membajai Islam dengan segala keringat yang ada sekalipun harta dan nyawa menjadi taruhan.

Suka untuk disebutkan disini, dalam perjuangan, baginda Rasulullah perlu diambil sebagai ‘role model’ yang sentiasa bersabar atas karenah umat. Sehinggakan baginda masih lagi memikirkan tentang umat di akhir hayat baginda. Sebagai penerus perjuangan, hati kita perlu sentiasa kukuh dan kuat untuk menepis segala tohmahan masyarakat. Sedangkan Baginda kekasih Allah sendiri tidak terlepas dari dicaci dan dihina, bagaimana mungkin kita yang tidak pernah dijamin syurga dan keampunan dari Allah bisa lari dari kata-kata caci manusia.

Dunia hari ini membuktikan bahawa sejarah perjuangan baginda semakain jauh dilupai. Musuh-musuh Islam laknatullah telah berjaya membuat kita leka dengan kemewahan dunia. Minda kita juga telah di ‘set’ kan oleh mereka supaya sentiasa memandang jauh kehadapan demi untuk melakukan perubahan arus hidup. Kononnya masih ada matlamat yang perlu dicapai di masa hadapan. Juga tanpa kita sedari, musuh-musuh Islam sekarang sudah boleh menongkat dagu menyaksikan peranan yang dimainkan oleh boneka mereka. Matlamat mereka telah tercapai. Islam hari ini sudah boleh diinjak-injak, dicaci maki, dan dihina. Semakin hari Islam semakin diratah mereka. Mereka juga telah memperlakukan Islam dengan sewenang-wenangnya sehingga mereka menggelarkan Islam sebagai terrorist, konservatif dan pelbagai nama. Agama Islam sendiri telah ditokok tambah oleh mereka yang tidak bertangungjawab. Kononnya syariat yang dibawa baginda Rasulullah sudah tidak sesuai lagi pada masa kini dan perlu dilakukan rombakan dan perubahan.

Beringatlah...

Jangan sampai Islam akan dilihat umpama lampin pakai buang yang hanya diambil mana yang perlu dan selebihnya diabaikan. Islam kini tidak ubah seperti telur dihujung tanduk. Hanya menanti untuk rebah. Nah, siapa yang harus memainkan peranan dalam mengembalikan ketuanan Islam untuk terus bersinar kalau bukan kita yang mengaku Islam. Selagi azan berkumandang, selagi ceramah dianjurkan di masji-masjid, selagi ada yang bernama Muhammad, selagi itulah musuh-musuh Islam tidak akan berdiam diri. Otak mereka akan terus ligat berfikir merencanakan agenda yang sesuai untuk menghancurkan agama Islam.

Mafhum firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 120 :

"...yahudi dan nasrani tidak akan sekali-kali redha kepada kamu sehingga kamu mengikuti kemahuan mereka. Katakanlah sesungguhnya petunjuk Allah adalah sebaik-baik petunjuk. Dan jika kamu turuti kehendak mereka setelah mendapat pengetahuan, tidak akan ada bagi kamu wali dan penolong yang dapat menyelamatkan kamu dari azabNya…"

Bersempena 1 Muharam, marilah kita merenung sejenak nasib anak bangsa kita pada masa akan datang. Keadaan kita pada hari ini adalah hasil usaha nenek moyang kita terdahulu. Nasib anak bangsa kita pada masa akan datang ditentukan oleh usaha kita pada hari ini berdasarkan acuan yang kita gunakan. Jika Al-Quran dan Sunnah diambil sebagai acuan, maka baiklah hasilnya nanti dan jika sebaliknya, kita yang akan menangis sendirian di akhirat kelak.

Dr Abdul satar berkata :

"..Ingatlah bahawa kamu didunia ini sebagai musafir yang asing, tetamu yang tidak diundang, ziarah sebentar kemudian pergi. Adakah tetamu telah melaksana hak tuan rumahnya? adakah penziarah telah memenuhi hak orang yang diziarahi? Siapakah diantara kita yang mengutamakan kebaikan sebelum kereputannya? Dan siapakah yang menyiapkan bekalan sebelum perjalannya...??"


Mafhum firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 197 :


"...dan hendaklah kamu membawa bekalan yang secukupnya kerana sesungguhnya sebaik-beaik bekal itu ialah memelihara diri ( dari keaiban meminta sedeqah ) dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal ..."

Pasakkan azam, kuatkan Iman untuk mentarbiah diri mengikut akhlak baginda Rasulullah. Jangan biarkan perkara-perkara yang menghina Islam berulang lagi. Isu-isu yang melibatkan aqidah seperti murtad dan gencatan akhlak yang semakin dilupai, perlu terus dingati. Biarkan ia terus berlegar-legar di ruang ingatan sebagai rasa sensitiviti terhadap agama Islam walaupun ianya dianggap sudah basi dari isu-isu semasa. Bukan sikap sebagai seorang pejuang Islam jika hanya sekadar mendengar penindasan terhadap Islam tapa ada sebarang tindakan dan sekadar mencemuh dibibir. Bukan juga sekadar hanya membenci sendirian dan apabila ia sudah tidak lagi ditimbulkan, hati kita juga turut tenggelam
alimulfaqih : perkara yang paling aku menyesal sekali dalam seharian ialah apabila terbenamnya matahari, hayatku berkurangan, usiaku meningkat, tetapi amalanku tidak bertambah..

:::... jom tajdid niat...kuatkan semangat..tempuhi tahun baru dengan sebaiknya ...::: ",)