Dec 20, 2007

:: labbaikallah...humma labbaik....

allahu akbar...allahu akbar...allahu akbar....

Alhamdulillah...bersyukur kita kpd yang ESA kerana masih dikurniakan kesempatan untuk menikmati hari yang tidak asing lagi bagi umat Islam, dalam menyambut perayaan bersempena 10 Zulhijjah.. Umat Islam di seluruh dunia amat menantikan ketibaan bulan Zulhijjah. Padanya terdapat pelbagai tauladan dan pengiktibaran yang harus kita ambil selaku pelajar agama khasnya dan seluruh umat Islam amnya.

Sememangnya semut amat mengharapkan untuk dpt menjejakkan kaki ke Mekah dan Madinah. Lebih2 lagi apabila sudahpon berada di negara yang berhampiran tanah suci ini..moga2 dikurniakn rezeki dan diberi kesempatan untuk menyambut seruan kaabah..


Perhimpunan di tanah suci merupakan salah satu lambang syiar dan keagungan agama Islam yang menunjukkan betapa kesyumulan Islam itu merangkumi semua bangsa tidak kira di mana jua pon berada yang berhimpun atas dasar keimanan dan ketaqwaan kpdNYA..juga merupakan salah satu daripada rukun Islam ke5 yang wajib ditunaikn oleh setiap orang Islam yang berkemampuan.


Pengorbanan merupakan salah satu pengiktibaran yang harus kita ambil daripada kisah Nabi Ibrahim dan Ismail..Kesabaran amat diperlukan dalam diri setiap muslim untuk melakukan pengorbanan sekalipun nyawa untnk menegakkan syiar Islam yang trcinta.Tambahan pula keadaan agama Islam kini yang seakan2 semakin terhiris sedikit demi sedikit akibat rancangan2 jahat yahudi yang sentiasa merancang untuk menghancurkan agama Islam.Nah, apa yang perlu dilakukan sakarang untuk mematahkan rancangan2 yahudi trsebut..??maka disinilah kita perlu memikirkan bagaimana utk meningkatkn kekuatan dalam diri bagi menguatkn jiwa selaku insan yang sentiasa mencari keredhaanNya..

renungan...

Perhimpunan di tanah haram, wuquf di padang arafah misalnya...membuatkan semut teringat akan sepotong ayat al-quran yang menerangkan bahawa manusia seluruhnya akan dihimpunkan dihari qiamat kelak, iaitu hari dimana tidak ada lagi gunanya harta dan anak2 melainkan kita akn kembali kpd Allah kelak dengan hati yang tenang dan sejahtera..sebagai pengiktibaran atas ketetapan yang telah ditetapkan dalam rukun haji..

Kebanyakan dari masyarakat kita khususnya umat Islam, kurang mengambil perhatian atas setiap perkara yang berkaitan dgn sejarah Islam. Suka semut igtkan disini, sejarah yang lalu bnyak membentuk kejayaan dan ketamadunan sesebuah negara ataupun organisasi..dalam nak membentuk sebuah masyarakat Islam yang bertamadun, perlu ada disana kesedaran yang dapat mendidik jiwa untuk sentiasa berusaha untuk memjukan diri..pembentukan sahsiah peribadi, pengurusan keluarga dan ekonomi hinggakan pentadbiran sesebuah negara perlu dipertingkatkan selaras dengan tuntutan yang telah digariskan syara'. Sudah banyak peristiwa2 dan kisah2 yang berlaku yang menceritakan betapa kemuliaan dikurniakan ke atas negara yang dibangunkan atas dasar keimanan dan ketaqwaan kepada Allah, iaitu yang dibina berlandaskan hukum Allah s.w.t.

erm...

Sengaja semut melarikan jari jemari utk menukilkan kata2 hati..kerana semut ada kesedaran dan keprihatinan serta ada sensitiviti atas setiap sejarah Islam yang berlaku..mengapa tidak, kerana semut merasakan masih terdapat rmai kwan2 semut yang leka dengan keseronokan dunia yang sementara ini..masih ramai yang tidak tahu untuk menghargai masa dan waktu mereka..kesempatan yang diberikan untuk merebut jnji2 Allah dibiarkan berlalu..

Musim haji yang tiba kini, mengapa ianya tidak dihayati..? mengapa masih menganggap ia hanyalah perayaan biasa yang disambut saban tahun..? masih ada jugak yang menganggap ia hanya disambut oleh golongan yang sudah berumur ataupun ia hanyalah sebagai adat..kenapa ya...??semut sendiri pun masih mencari jawapan..

p/s : tepuk dada, tanyalah iman..hanyalah yg leka akan menurut hawa nafsu..

No comments: