Dec 26, 2007

:: salam imtihan...


Dengan nama ALLAH yang maha pengasih dan penyayang..

maha suci DIA yang sentiasa pinta meminta kita denganNya..hanya pada DIA segalanya diserah..

tinggal berapa detik saja lagi nak hadapi ujian yang selalu ditunggu selama nih..moga2 segala penat dan lelah selama ini akan membuahkan hasil..

"kelengkapan belum cukup lagi...
"banyak lagi yang belum dihafal...
"dah tak sempat nak buat nota..
"tak mampu nak hafal...
"camne nih nak jawab nanti..?
"tolong la..aku rase cam nak balik malaysia jer...

antara kata2 hati yang boleh melemahkan semangat..

perlu ada keteguhan hati..pasakkan azam..padukan tekad..pastikan diri sudah sedia sepenuhnya untuk hadapi sebarang ujian. Lebih2 lagi sebagai seorang muslim yang sentiasa diuji..ujian yang menentukan tahap keimanan..


"sempat lagi kalau nak buat nota pun..
"hafal pon boleh..
"pastikan faham setiap bab yang dah blajar..
"tipon la mak abah..mintak semangat @ kata2 perangsang..
"ingat..!!orang lain boleh, kita pun boleh..
"kalau terdesak,cuba pandang jauh kehadapan...ada sesuatu yang menanti..
kejayaan @ kegagalan..??

peperiksaan bukanlah penentu segala usaha penat lelah..tapi hanyalah sebagai kayu pengukur untuk melihat sejauh mana kebersediaan kita dalam menghadapi sesuatu..sememangnya ada ujian yang lebih besar yang perlu dihadapi..hanya perlu sentiasa berhati2 dalam menongkah arus hidup..

sekali gagal, bukan bermakna gagal untuk selamanya...bagi yang berjaya, petanda bahawa kita telah merangka satu plan yang bijak untuk mengahadapi ujian..dan perlu lebih bersedia untuk menghadapi hari2 yang mendatang..

sahabat2ku..tolong doakan kejayaan kita bersama..juga untuk sahabat2 kita yang lain..moga kita semua beroleh kejayaan..biarpun berbeza usia, yang pasti perjuangan kita tetap SATU...

"ALLAHUMMA..ampunkan segala dosa2 kami..dosa2 ayah dan ibu kami..berkatilah segala ilmu yang telah kami pelajari..kurniakan kami ketenangan dalam menghadapi segala ujian..tetapkan kami bersama para alim ulama yang mendapat kejayaan di dunia dan akhirat..


Dec 20, 2007

:: labbaikallah...humma labbaik....

allahu akbar...allahu akbar...allahu akbar....

Alhamdulillah...bersyukur kita kpd yang ESA kerana masih dikurniakan kesempatan untuk menikmati hari yang tidak asing lagi bagi umat Islam, dalam menyambut perayaan bersempena 10 Zulhijjah.. Umat Islam di seluruh dunia amat menantikan ketibaan bulan Zulhijjah. Padanya terdapat pelbagai tauladan dan pengiktibaran yang harus kita ambil selaku pelajar agama khasnya dan seluruh umat Islam amnya.

Sememangnya semut amat mengharapkan untuk dpt menjejakkan kaki ke Mekah dan Madinah. Lebih2 lagi apabila sudahpon berada di negara yang berhampiran tanah suci ini..moga2 dikurniakn rezeki dan diberi kesempatan untuk menyambut seruan kaabah..


Perhimpunan di tanah suci merupakan salah satu lambang syiar dan keagungan agama Islam yang menunjukkan betapa kesyumulan Islam itu merangkumi semua bangsa tidak kira di mana jua pon berada yang berhimpun atas dasar keimanan dan ketaqwaan kpdNYA..juga merupakan salah satu daripada rukun Islam ke5 yang wajib ditunaikn oleh setiap orang Islam yang berkemampuan.


Pengorbanan merupakan salah satu pengiktibaran yang harus kita ambil daripada kisah Nabi Ibrahim dan Ismail..Kesabaran amat diperlukan dalam diri setiap muslim untuk melakukan pengorbanan sekalipun nyawa untnk menegakkan syiar Islam yang trcinta.Tambahan pula keadaan agama Islam kini yang seakan2 semakin terhiris sedikit demi sedikit akibat rancangan2 jahat yahudi yang sentiasa merancang untuk menghancurkan agama Islam.Nah, apa yang perlu dilakukan sakarang untuk mematahkan rancangan2 yahudi trsebut..??maka disinilah kita perlu memikirkan bagaimana utk meningkatkn kekuatan dalam diri bagi menguatkn jiwa selaku insan yang sentiasa mencari keredhaanNya..

renungan...

Perhimpunan di tanah haram, wuquf di padang arafah misalnya...membuatkan semut teringat akan sepotong ayat al-quran yang menerangkan bahawa manusia seluruhnya akan dihimpunkan dihari qiamat kelak, iaitu hari dimana tidak ada lagi gunanya harta dan anak2 melainkan kita akn kembali kpd Allah kelak dengan hati yang tenang dan sejahtera..sebagai pengiktibaran atas ketetapan yang telah ditetapkan dalam rukun haji..

Kebanyakan dari masyarakat kita khususnya umat Islam, kurang mengambil perhatian atas setiap perkara yang berkaitan dgn sejarah Islam. Suka semut igtkan disini, sejarah yang lalu bnyak membentuk kejayaan dan ketamadunan sesebuah negara ataupun organisasi..dalam nak membentuk sebuah masyarakat Islam yang bertamadun, perlu ada disana kesedaran yang dapat mendidik jiwa untuk sentiasa berusaha untuk memjukan diri..pembentukan sahsiah peribadi, pengurusan keluarga dan ekonomi hinggakan pentadbiran sesebuah negara perlu dipertingkatkan selaras dengan tuntutan yang telah digariskan syara'. Sudah banyak peristiwa2 dan kisah2 yang berlaku yang menceritakan betapa kemuliaan dikurniakan ke atas negara yang dibangunkan atas dasar keimanan dan ketaqwaan kepada Allah, iaitu yang dibina berlandaskan hukum Allah s.w.t.

erm...

Sengaja semut melarikan jari jemari utk menukilkan kata2 hati..kerana semut ada kesedaran dan keprihatinan serta ada sensitiviti atas setiap sejarah Islam yang berlaku..mengapa tidak, kerana semut merasakan masih terdapat rmai kwan2 semut yang leka dengan keseronokan dunia yang sementara ini..masih ramai yang tidak tahu untuk menghargai masa dan waktu mereka..kesempatan yang diberikan untuk merebut jnji2 Allah dibiarkan berlalu..

Musim haji yang tiba kini, mengapa ianya tidak dihayati..? mengapa masih menganggap ia hanyalah perayaan biasa yang disambut saban tahun..? masih ada jugak yang menganggap ia hanya disambut oleh golongan yang sudah berumur ataupun ia hanyalah sebagai adat..kenapa ya...??semut sendiri pun masih mencari jawapan..

p/s : tepuk dada, tanyalah iman..hanyalah yg leka akan menurut hawa nafsu..

Dec 3, 2007

:: hindu dah naik minyak...!!


Sedihnya semut bila tgk prkara sebegini terjadi. Apabila kaum selain Melayu dah berani buat tuntutan hak mereka di negara Melayu sendiri,menunjukkan ketuanan Melayu itu sendiri akan hilang. Semacam sudah tak ada lagi keunggulan orang Melayu dinegara sendiri. Semut sayangkan bangsa Melayu sebab bangsa Melayu ada sejarah yang tersendiri..(orang2 Melayu yang berjiwa Islam ).

Berdasarkan beberapa maklumat yang didapati,

cuba kita teliti...:

1) Kenapa petisyen dihantar ke suruhanjaya British?
2) Apa rayuan mereka?

Jawapan.

1. Rayuan ini dihantar ke suruhanjaya British untuk disampaikan kepada Queen Elizabeth selaku ketua negara-negara Komanwealth.

2. Antara rayuan mereka:-telah ditindas selama 50 tahun sebagai etnik minoriti diMalaysia didalangi oleh kerajaan yang diperintah oleh UMNO.

TUNTUTAN HINDRAF KEPADA KERAJAAN MALAYSIA

~ sekolah-sekolah tamil perlu dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan
~ meningkatkan penglibatan pegawai2 tinggi kerajaan kepada 20% dari jawatan yang ada
~ peruntukan permit untuk teksi, lori dsbgainya
~ peruntukan tanah pertanian bagi org India
~ hentikan pemusnahan kuil
~ berikan hak sama rata dalam semua segi
~ gaji minimum RM1000
~ supaya kerajaan sediakan rumah yg selesa utk rakyat miskin
~ utk membantu semua keluarga miskin tanpa membezakan kaum
~ utk menubuhkan akta perlindungan hak kaum minoriti
~ utk menubuhkan suruhanjaya DiRaja tentang pencabulan hak
~ utk memusnahkan keistimewaan kaum (maknanya dia anti-Melayu.)
~ utk memberi gantirugi RM1 juta bagi setiap ahli keluarga org India ygterbunuh semasa pembunuhan beramai-ramai di Kg Medan.

huh...

semut sendiri hanya mmpu berdoa moga dikembalikan balik kekuatan diri utk brhadapan dengan sebarang musibah. Apakah tindakan kerajaan dalam menangani isu semacam nih..?sama-sama kita fikirkan apakah yang patut dilakukan bagi mempersiapkan diri sebelum turunnya seruan JIHAD..jangan diulangi lagi kisah yang terjadi pd 13 mei..kisah2 prtmbungan antara kaum..

* ulasan lanjut http://drfikrah.blogspot.com/2007/12/benarkah-hindraf-proksi-kerajaan.html

* layari http://poobalan.com/blog/indian/2007/08/13/indians-gathering-at-putrajaya-to-hand-memorandum/

p/s : beringat2lah..dengan bom yang sentiasa berdetik..