Oct 23, 2007

:: semut sinclair...??


Adegan panas yang berlaku dikalangan artis-artis tempatan mahupun luar negara sudah dianggap suatu fenomena biasa didalam dunia glamour artis masa kini. Biarpun yang melakukannya sendiri adalah seorang muslim. Betapa tidak kerana tiadanya suatu sistem yang dapat mengawal peribadi seseorang ke arah pembentukan sahsiah peribadi yang berteraskan syariat.

Apabila syariat yang telah ditetapkan itu diabaikan, maka akan bermaharajalelalah segala kemungkaran dan kemaksiatan di muka bumi ini. Lantaran tersebut akan lahirlah sebuah masyarakat atau kaum yang langsung tidak bermaruah dan harga diri sebagai sebaik-baik kejadian yang lebih sedap dipanggil masyarakat yang tidak bertamadun. Perkara semacam ini seolah-olah mahu kembali balik ke arah ' era kegemilangan ' zaman jahiliyah yang dipelopori oleh puak kuffar dahulu.

lagi...

Sungguh semut tidak menduga, biarpun sekadar hanya suka-suka, dan dianggap suatu perkara yang kecil, adegan panas seperti ' bercumbu-cumbuan ' perlu dipandang serius khususnya buat kita selaku muslim yang sentiasa dahagakan kemanisan Iman.

Sedangkan bersentuhan kulit diantara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim pun sudah dikira dosa besar, inikan pula duduk berdua-duan dan bercumbuan diantara satu sama lain. Nah disana pastinya yang menguasai diri ketika itu adalah syaitan yang terkutuk. Apakah kita sanggup menuruti tuntusan hawa nafsu yang dikuasai syaitan yang mana tempat mereka pastinya adalah didalam neraka ALLAH yang maha hebat seksaanNya..??fikir-fikirkan..

Firman ALLAH S.W.T :

ولاتقربوا الزنى انه كان فاحشه وساء سبيلا

"...janganlah kamu menghampiri zina, kerana zina itu suatu pekara yang keji dan seburuk-buruk jalan..." ( al-isra' : 32 )

Semut tak mahu berceloteh panjang lagi sebab sahabat2 semut sekalian pun dah tahu tentang cerita nih dan hukum hakam yang berkaitan dengan akhlak manusia selaku umat Islam. Cuma semut nak ingatkan disini, persepsi setiap orang adalah berbeza. Pasti disana ada suara yang nak pertahankan perkara tersebut kerana menganggap ianya adalah perkara biasa dan tidak mahu diperbesarkan. Tetapi ada jugak yang menganggap sebaliknya. Apa-apa pun kita kembali balik kepada Kitab ALLAH S.W.T dan Sunnah RASULULLAH S.A.W. kerana dua sumber pedoman itulah yang dapat membentuk sahsiah peribadi seorang muslim lantas melahirkan masyarakat yang bertamadun. Hanyalah yang mengikut Al-Quran dan Sunnah sahaja yang akan beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat serta mendapat naungan dan pertolongan ALLAH S.W.T di akhirat kelak.

Firman ALLAH S.W.T lagi..

ومن اعرض عن زكرى فاءن له معيشة ضنكا ونحشرهم يوم القيا مة اعمى

"..barangsiapa yang berpaling dari peringatanKu, sesungguhnya baginya itu kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia dihari Qiamat kelak dalam keadaan buta.."
( toha : 124 )


SEMUT NAK CIUM JUGAK..!!


Masa konvo PMRAM yang lepas, semut tak melepaskan peluang untuk menghadiri majlis tersebut. Sebab ada tetamu yang diundang khas dari Iskandariah iaitu Syeikh Ibrahim Abd Ba'is Al-Kitani. Sebenarnya sudah sekian lama semut tak menghadiri pengajian beliau atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan bermula imtihan fasa lepas.

Malam berikutnya semut sempat jugak menghadiri pengajian beliau yang diadakan di rumah johor. Semut berhasrat nak bersalaman dan berpelukan dengan beliau tetapi tidak kesampaian. Semut berazam akan menghadiri pengajian beliau jika berkelapangan kelak.

p / s : daripada dok cium anak dara orang, baik semut pergi ngadap syeikh untuk menambahkan thaqafah dalam diri...

No comments: