Oct 23, 2007

:: semut sinclair...??


Adegan panas yang berlaku dikalangan artis-artis tempatan mahupun luar negara sudah dianggap suatu fenomena biasa didalam dunia glamour artis masa kini. Biarpun yang melakukannya sendiri adalah seorang muslim. Betapa tidak kerana tiadanya suatu sistem yang dapat mengawal peribadi seseorang ke arah pembentukan sahsiah peribadi yang berteraskan syariat.

Apabila syariat yang telah ditetapkan itu diabaikan, maka akan bermaharajalelalah segala kemungkaran dan kemaksiatan di muka bumi ini. Lantaran tersebut akan lahirlah sebuah masyarakat atau kaum yang langsung tidak bermaruah dan harga diri sebagai sebaik-baik kejadian yang lebih sedap dipanggil masyarakat yang tidak bertamadun. Perkara semacam ini seolah-olah mahu kembali balik ke arah ' era kegemilangan ' zaman jahiliyah yang dipelopori oleh puak kuffar dahulu.

lagi...

Sungguh semut tidak menduga, biarpun sekadar hanya suka-suka, dan dianggap suatu perkara yang kecil, adegan panas seperti ' bercumbu-cumbuan ' perlu dipandang serius khususnya buat kita selaku muslim yang sentiasa dahagakan kemanisan Iman.

Sedangkan bersentuhan kulit diantara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim pun sudah dikira dosa besar, inikan pula duduk berdua-duan dan bercumbuan diantara satu sama lain. Nah disana pastinya yang menguasai diri ketika itu adalah syaitan yang terkutuk. Apakah kita sanggup menuruti tuntusan hawa nafsu yang dikuasai syaitan yang mana tempat mereka pastinya adalah didalam neraka ALLAH yang maha hebat seksaanNya..??fikir-fikirkan..

Firman ALLAH S.W.T :

ولاتقربوا الزنى انه كان فاحشه وساء سبيلا

"...janganlah kamu menghampiri zina, kerana zina itu suatu pekara yang keji dan seburuk-buruk jalan..." ( al-isra' : 32 )

Semut tak mahu berceloteh panjang lagi sebab sahabat2 semut sekalian pun dah tahu tentang cerita nih dan hukum hakam yang berkaitan dengan akhlak manusia selaku umat Islam. Cuma semut nak ingatkan disini, persepsi setiap orang adalah berbeza. Pasti disana ada suara yang nak pertahankan perkara tersebut kerana menganggap ianya adalah perkara biasa dan tidak mahu diperbesarkan. Tetapi ada jugak yang menganggap sebaliknya. Apa-apa pun kita kembali balik kepada Kitab ALLAH S.W.T dan Sunnah RASULULLAH S.A.W. kerana dua sumber pedoman itulah yang dapat membentuk sahsiah peribadi seorang muslim lantas melahirkan masyarakat yang bertamadun. Hanyalah yang mengikut Al-Quran dan Sunnah sahaja yang akan beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat serta mendapat naungan dan pertolongan ALLAH S.W.T di akhirat kelak.

Firman ALLAH S.W.T lagi..

ومن اعرض عن زكرى فاءن له معيشة ضنكا ونحشرهم يوم القيا مة اعمى

"..barangsiapa yang berpaling dari peringatanKu, sesungguhnya baginya itu kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia dihari Qiamat kelak dalam keadaan buta.."
( toha : 124 )


SEMUT NAK CIUM JUGAK..!!


Masa konvo PMRAM yang lepas, semut tak melepaskan peluang untuk menghadiri majlis tersebut. Sebab ada tetamu yang diundang khas dari Iskandariah iaitu Syeikh Ibrahim Abd Ba'is Al-Kitani. Sebenarnya sudah sekian lama semut tak menghadiri pengajian beliau atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan bermula imtihan fasa lepas.

Malam berikutnya semut sempat jugak menghadiri pengajian beliau yang diadakan di rumah johor. Semut berhasrat nak bersalaman dan berpelukan dengan beliau tetapi tidak kesampaian. Semut berazam akan menghadiri pengajian beliau jika berkelapangan kelak.

p / s : daripada dok cium anak dara orang, baik semut pergi ngadap syeikh untuk menambahkan thaqafah dalam diri...

Oct 21, 2007

:: cerita ular dan babi hitam...


semut ada cerita buat renungan sahabat2 semut sekelian..semut lihat sekarang sudah semakin ramai kawan2 semut yang dah macam tak perasan akan khabar yang disampaikan oleh baginda RASULLAH S.A.W tentang azab seksa kubur..segala apa yang disuruh oleh ALLAH dan RASULNYA tidak lain hanya untuk meyelamatkan umat manusia dari lembah kehinaan..fikir2 kan dan ingat-mengingatilah kita antara satu sama lain..

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda, kenapa kamu menangis?" Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu,maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah W.T, kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula.Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku,lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak.Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,Laa ilaha illallah Muhammad Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, diantaranya;


1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang.
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.


p/s : semut pun takut akan seksaan dan azab ALLAH s.w.t. Moga sahabat2 semut sekelian sentiasa melakukan amal soleh dan tidak melanggar arahan ALLAH s.w.t.

barakallahu fi kum ..

Oct 16, 2007

:: surat setan untuk semut..??


ada sedikit coretan utk 'semut'..takut jgak semut nak membacanya,tetapi bila memikirkan ianya sesuai dikongsi bersama sahabat2 'semut' maka 'semut' taruk jugak kat sini..semoga SETAN/IBLIS semakin membenci dengan kita kerana tidak mengikut tuntutannya..hanyalah dengan amalan kebajikan serta rahmat ALLAH s.w.t. yg dapat menjanjikan kebahagiaan kita diakhirat sana..

***********************************************************

SURAT DARI SETAN UNTUK SEMUT

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu,

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu..

Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan solat Isya' sebelum berangkat ketempat tidurmu..

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya..

Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu..

Hai Bodoh, kamu millikku..

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,

dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu..

Malah aku masih membencimu, karena aku benci akan ALLAH..

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada ALLAH..

Dia sudah mencampakkan aku dari syurga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk membalas dendam..

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan..

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,

dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka..

Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH..

Aku benar-benar berterima kasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani..

Kita menonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manzalimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua ,

Tidak menghargai Masjid, berperilakuan buruk..

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja..

Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya..

Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita..

Ini hanya merupakan surat penghargaanku buat mu..

Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku
memanfaatkan hampir semua masa hidupmu..

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku mentertawakanmu..

Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa..

Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu..

Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda..

Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa..

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin..

Lakukan semua ini dihadapan anak-anak dan mereka akan menirunya..

Begitulah anak-anak..

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang..

Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi..

Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu..

Dan hidup untuk ALLAH dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit..

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh..

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu..

Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH..



*****************************************************************************

p/s : surat ini bukan utk 'semut' sahaja bahkan jugak utk sedara2 seaqidah khasnya dan seluruh umat manusia amnya..

Oct 14, 2007

:: ziarah tetamu tak diundang...


Kita di ziarah malaikat maut setiap 21 minit?...jom berfikir sejenak..!!

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "..Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa..."

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.Golongan Ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut..

1 hari = 24 jam = 1440 minit

1440 minit / 70 = 20.571 minit

Ini bermakna MAILAKAT MAUT menziarahi kita SETIAP 21 minit..

Agak-agaknya macam manalah kehidupan kita masa malaikat tu datang…entah- entah tengah gelak-gelak main computer,fantasy football la, tengah chat kat yahoo mesengger,tengah tengok melodi TV3,tengah tengok scenario,tengah sibuk tengok Kasih Suci, Manja Lara, Susuk-Degawan, tengah tengok English Premiere League dan bermacam-macam hiburan televisyen di TV3, RTM, Astro ,DVD,VCD, PS2, karaoke dan lain-lain..

Sibuk betul life kita sampai terlupa yang satu ketika nanti kita akan di jemput jua ke rahmat Allah. Apakah cukup bekalan kita di sana nanti hingga kita leka dengan keindahan dunia yang sementara ini?

Harap2 'semut' dan sahabat2 sekalian dapat membuat persediaan yang rapi sebelum datangnya tetamu yang tidak diundang ini..moga ALLAH S.W.T merahmati kita ketika kunjungan itu..

Madrasah tarbiah Ramadhan baru saja berlalu..moga didikan darinya membuat kita terus istiqamah beramal dalam bulan2 yang seterusnya sehingga sampai saat yang ditetapkan..

"..allahummakhtimna bihusnil khotimah, wala takhtimna bi su'il khotimah.."
amin ya rabb..

p/s : persediaan 'semut' belum sempurna lagi..

Oct 12, 2007

:: salam aidilfitri...



Sungguh cantik kain pelikat, dipakai orang pergi ke pekan.
hari raya semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan..

Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami,
harapan diri bertatap langsung, cuma ternukil luahan hati..

Sebelum cahaya syurga padam, Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu taubat tertutup,
Saya mohon maaf zahir dan batin....

Mata kadang salah melihat....
Mulut kadang salah berucap....
Hati kadang salah menduga.....
Maafkan segala kesilapan yang pasti ada....

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

:: andai kau tahu...

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya engkau sibuk berzikir
Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
Mendayu ..merayu...kepada- NYA Tuhan yang satu..

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjakan..sungguh khusyuk lagi tawadhu'
Tubuh dan qalbu..bersatu memperhamba diri
Menghadap Rabbul Jalil..menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
( sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku,dan matiku..
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam )

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan kau sia-siakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu engkau sibukkan dengan
Bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
Mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga -MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
Mari kita meriahkan Ramadhan
Kita buru...kita cari...suatu malam idaman
Yang lebih baik dari seribu bulan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
Mempersiap diri...rohani dan jasmani
Menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ....lorong-lorong ridha Ar-Rahman
Duhai Ilahi....

Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
Jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
Menerangi kegelapan hati kami
Menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun sahabat...
Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
Apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
Yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
Berusaha...bersedia...meminta belas-NYA
Andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita