Dec 26, 2007

:: salam imtihan...


Dengan nama ALLAH yang maha pengasih dan penyayang..

maha suci DIA yang sentiasa pinta meminta kita denganNya..hanya pada DIA segalanya diserah..

tinggal berapa detik saja lagi nak hadapi ujian yang selalu ditunggu selama nih..moga2 segala penat dan lelah selama ini akan membuahkan hasil..

"kelengkapan belum cukup lagi...
"banyak lagi yang belum dihafal...
"dah tak sempat nak buat nota..
"tak mampu nak hafal...
"camne nih nak jawab nanti..?
"tolong la..aku rase cam nak balik malaysia jer...

antara kata2 hati yang boleh melemahkan semangat..

perlu ada keteguhan hati..pasakkan azam..padukan tekad..pastikan diri sudah sedia sepenuhnya untuk hadapi sebarang ujian. Lebih2 lagi sebagai seorang muslim yang sentiasa diuji..ujian yang menentukan tahap keimanan..


"sempat lagi kalau nak buat nota pun..
"hafal pon boleh..
"pastikan faham setiap bab yang dah blajar..
"tipon la mak abah..mintak semangat @ kata2 perangsang..
"ingat..!!orang lain boleh, kita pun boleh..
"kalau terdesak,cuba pandang jauh kehadapan...ada sesuatu yang menanti..
kejayaan @ kegagalan..??

peperiksaan bukanlah penentu segala usaha penat lelah..tapi hanyalah sebagai kayu pengukur untuk melihat sejauh mana kebersediaan kita dalam menghadapi sesuatu..sememangnya ada ujian yang lebih besar yang perlu dihadapi..hanya perlu sentiasa berhati2 dalam menongkah arus hidup..

sekali gagal, bukan bermakna gagal untuk selamanya...bagi yang berjaya, petanda bahawa kita telah merangka satu plan yang bijak untuk mengahadapi ujian..dan perlu lebih bersedia untuk menghadapi hari2 yang mendatang..

sahabat2ku..tolong doakan kejayaan kita bersama..juga untuk sahabat2 kita yang lain..moga kita semua beroleh kejayaan..biarpun berbeza usia, yang pasti perjuangan kita tetap SATU...

"ALLAHUMMA..ampunkan segala dosa2 kami..dosa2 ayah dan ibu kami..berkatilah segala ilmu yang telah kami pelajari..kurniakan kami ketenangan dalam menghadapi segala ujian..tetapkan kami bersama para alim ulama yang mendapat kejayaan di dunia dan akhirat..


Dec 20, 2007

:: labbaikallah...humma labbaik....

allahu akbar...allahu akbar...allahu akbar....

Alhamdulillah...bersyukur kita kpd yang ESA kerana masih dikurniakan kesempatan untuk menikmati hari yang tidak asing lagi bagi umat Islam, dalam menyambut perayaan bersempena 10 Zulhijjah.. Umat Islam di seluruh dunia amat menantikan ketibaan bulan Zulhijjah. Padanya terdapat pelbagai tauladan dan pengiktibaran yang harus kita ambil selaku pelajar agama khasnya dan seluruh umat Islam amnya.

Sememangnya semut amat mengharapkan untuk dpt menjejakkan kaki ke Mekah dan Madinah. Lebih2 lagi apabila sudahpon berada di negara yang berhampiran tanah suci ini..moga2 dikurniakn rezeki dan diberi kesempatan untuk menyambut seruan kaabah..


Perhimpunan di tanah suci merupakan salah satu lambang syiar dan keagungan agama Islam yang menunjukkan betapa kesyumulan Islam itu merangkumi semua bangsa tidak kira di mana jua pon berada yang berhimpun atas dasar keimanan dan ketaqwaan kpdNYA..juga merupakan salah satu daripada rukun Islam ke5 yang wajib ditunaikn oleh setiap orang Islam yang berkemampuan.


Pengorbanan merupakan salah satu pengiktibaran yang harus kita ambil daripada kisah Nabi Ibrahim dan Ismail..Kesabaran amat diperlukan dalam diri setiap muslim untuk melakukan pengorbanan sekalipun nyawa untnk menegakkan syiar Islam yang trcinta.Tambahan pula keadaan agama Islam kini yang seakan2 semakin terhiris sedikit demi sedikit akibat rancangan2 jahat yahudi yang sentiasa merancang untuk menghancurkan agama Islam.Nah, apa yang perlu dilakukan sakarang untuk mematahkan rancangan2 yahudi trsebut..??maka disinilah kita perlu memikirkan bagaimana utk meningkatkn kekuatan dalam diri bagi menguatkn jiwa selaku insan yang sentiasa mencari keredhaanNya..

renungan...

Perhimpunan di tanah haram, wuquf di padang arafah misalnya...membuatkan semut teringat akan sepotong ayat al-quran yang menerangkan bahawa manusia seluruhnya akan dihimpunkan dihari qiamat kelak, iaitu hari dimana tidak ada lagi gunanya harta dan anak2 melainkan kita akn kembali kpd Allah kelak dengan hati yang tenang dan sejahtera..sebagai pengiktibaran atas ketetapan yang telah ditetapkan dalam rukun haji..

Kebanyakan dari masyarakat kita khususnya umat Islam, kurang mengambil perhatian atas setiap perkara yang berkaitan dgn sejarah Islam. Suka semut igtkan disini, sejarah yang lalu bnyak membentuk kejayaan dan ketamadunan sesebuah negara ataupun organisasi..dalam nak membentuk sebuah masyarakat Islam yang bertamadun, perlu ada disana kesedaran yang dapat mendidik jiwa untuk sentiasa berusaha untuk memjukan diri..pembentukan sahsiah peribadi, pengurusan keluarga dan ekonomi hinggakan pentadbiran sesebuah negara perlu dipertingkatkan selaras dengan tuntutan yang telah digariskan syara'. Sudah banyak peristiwa2 dan kisah2 yang berlaku yang menceritakan betapa kemuliaan dikurniakan ke atas negara yang dibangunkan atas dasar keimanan dan ketaqwaan kepada Allah, iaitu yang dibina berlandaskan hukum Allah s.w.t.

erm...

Sengaja semut melarikan jari jemari utk menukilkan kata2 hati..kerana semut ada kesedaran dan keprihatinan serta ada sensitiviti atas setiap sejarah Islam yang berlaku..mengapa tidak, kerana semut merasakan masih terdapat rmai kwan2 semut yang leka dengan keseronokan dunia yang sementara ini..masih ramai yang tidak tahu untuk menghargai masa dan waktu mereka..kesempatan yang diberikan untuk merebut jnji2 Allah dibiarkan berlalu..

Musim haji yang tiba kini, mengapa ianya tidak dihayati..? mengapa masih menganggap ia hanyalah perayaan biasa yang disambut saban tahun..? masih ada jugak yang menganggap ia hanya disambut oleh golongan yang sudah berumur ataupun ia hanyalah sebagai adat..kenapa ya...??semut sendiri pun masih mencari jawapan..

p/s : tepuk dada, tanyalah iman..hanyalah yg leka akan menurut hawa nafsu..

Dec 3, 2007

:: hindu dah naik minyak...!!


Sedihnya semut bila tgk prkara sebegini terjadi. Apabila kaum selain Melayu dah berani buat tuntutan hak mereka di negara Melayu sendiri,menunjukkan ketuanan Melayu itu sendiri akan hilang. Semacam sudah tak ada lagi keunggulan orang Melayu dinegara sendiri. Semut sayangkan bangsa Melayu sebab bangsa Melayu ada sejarah yang tersendiri..(orang2 Melayu yang berjiwa Islam ).

Berdasarkan beberapa maklumat yang didapati,

cuba kita teliti...:

1) Kenapa petisyen dihantar ke suruhanjaya British?
2) Apa rayuan mereka?

Jawapan.

1. Rayuan ini dihantar ke suruhanjaya British untuk disampaikan kepada Queen Elizabeth selaku ketua negara-negara Komanwealth.

2. Antara rayuan mereka:-telah ditindas selama 50 tahun sebagai etnik minoriti diMalaysia didalangi oleh kerajaan yang diperintah oleh UMNO.

TUNTUTAN HINDRAF KEPADA KERAJAAN MALAYSIA

~ sekolah-sekolah tamil perlu dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan
~ meningkatkan penglibatan pegawai2 tinggi kerajaan kepada 20% dari jawatan yang ada
~ peruntukan permit untuk teksi, lori dsbgainya
~ peruntukan tanah pertanian bagi org India
~ hentikan pemusnahan kuil
~ berikan hak sama rata dalam semua segi
~ gaji minimum RM1000
~ supaya kerajaan sediakan rumah yg selesa utk rakyat miskin
~ utk membantu semua keluarga miskin tanpa membezakan kaum
~ utk menubuhkan akta perlindungan hak kaum minoriti
~ utk menubuhkan suruhanjaya DiRaja tentang pencabulan hak
~ utk memusnahkan keistimewaan kaum (maknanya dia anti-Melayu.)
~ utk memberi gantirugi RM1 juta bagi setiap ahli keluarga org India ygterbunuh semasa pembunuhan beramai-ramai di Kg Medan.

huh...

semut sendiri hanya mmpu berdoa moga dikembalikan balik kekuatan diri utk brhadapan dengan sebarang musibah. Apakah tindakan kerajaan dalam menangani isu semacam nih..?sama-sama kita fikirkan apakah yang patut dilakukan bagi mempersiapkan diri sebelum turunnya seruan JIHAD..jangan diulangi lagi kisah yang terjadi pd 13 mei..kisah2 prtmbungan antara kaum..

* ulasan lanjut http://drfikrah.blogspot.com/2007/12/benarkah-hindraf-proksi-kerajaan.html

* layari http://poobalan.com/blog/indian/2007/08/13/indians-gathering-at-putrajaya-to-hand-memorandum/

p/s : beringat2lah..dengan bom yang sentiasa berdetik..

Nov 29, 2007

:: renungan hikmah...


* “ Manusia terbahagi kepada 4 golongan iaitu : orang pandai yang mengaku pandai, orang pandai yang mengaku bodoh, orang bodoh yang mengaku bodoh & orang bodoh yang mengaku pandai ”

* “ Apabila nasihat atau perkataan itu keluar dari hati yang ikhlas, maka apabila ia didengar akan masuk ke dalam hati sebaliknya bila ia hanya keluar dari lidah, maka dianya tidak masuk ke dalam telinga ”

* “ Ada 3 kekayaan yang amat sempurna iaitu kehormatan yang bukan pemberian, keharmonian yang tak perlu dicari-cari & kesabaran tanpa kehinaan ”

* “ Berterima kasihlah atas kebaikan orang padamu & balaslah ia serta doakanlah kesejahteraannya ”

* “ Orang yang ikhlas itu ialah orang tersenyum dalam kecelakaan, tenang ketika dapat keuntungan, sopan santun dalam amarah, lurus dalam kemiskinan & penolong dalam pekerjaan ”

:: istimewanya wanita...


Allah S.W.T berfirman :

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan
anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya
dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya
dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang
suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini
adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."





"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk
yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat
dimana cinta itu ada."


p/s : Untuk para jejaka, sebagai pedoman... untuk wanita berbanggalah dengan diri anda sendiri..tidak perlu menjadi orang lain!!!!!

:: bangunlah wahai umat ISLAM...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Peringatan untuk semua, umat Islam kini diancam bahaya dari kafir laknatullah. Wallahualam.

TO ALL MY MUSLIM FRIENDS .... EVERY ONE MUST READ AND UNDERSTAND WHAT'S GOING ON IN THIS WORLD?
KEPADA SAUDARA MUSLIM.. ANDA SEMUA MESTI FAHAM APAKAH APA YANG SEDANG BERLAKU DALAM DUNIA HARI INI..

This book was introduced into the London book market for 5 days before it was withdrawn due to fear of harassment and discrimination against Hindus in the arab world. The source of this information comes from the U.A.E
Buku ini telah diterbitkan di pasaran buku London selama 5 hari sebelum ia ditarik balik kerana dikhuatiri akan menyebabkan gangguan dan diskriminasi orang Hindu di dunia Arab. Sumber maklumat ini adalah daripada U.A.E

Sharjah broadcasting Channel presented by Ra'ad Aman and the program name, "Foreign writings".
Siaran Sharjah disampaikan oleh Ra'ad dan proram bernama "Penulisan Luar".

Book Title : "All Hindus Wake up"
Buku Berjudul : "Semua Hindu Bangunlah"

Subheading : "The protocols for Hindu leaders"
Tajuk kecil : "Protokol Ketua Hindu"

The Author : Dr.R. Singh
Pengarang : Dr. R. Singh

These are 13 of the protocols mentioned :
Ini adalah kesemua 13 protokol yang diketengahkan:

1. Hindus must consider the state of Israel as its most friendly ally due to its negative at! titude towards muslims.
1. Orang Hindu mesti mempertimbangkan bahawa Israel adalah sekutu terbaik memandangkan sikapnya yang negatif terhadap orang Islam.

2. Spread Sinful acts and values within muslim communities.
2. Sebarkan perlakuan dosa dan sifat buruk dikalangan orang muslim.

3. Hindu temples must be built in all places possible! and to be visited every day. Also the statue of "Ram" (their god name) to be placed in the work place.
3. Tokong Hindu mestilah didirikan di semua tempat dan mestilah diziarahi setiap hari. Dan berhala "Ram" mestilah ditempatkan di tempat kerja.

4. Regular meetings are to be held to plan ways in working against islam.
4. Mesyuarat mestilah dijadualkan untuk merangka plan menentang Islam.

5. Distribution of drugs and prostitution to be carried out within muslim countries and communities.
5. Edarkan dadah dan pelacur dikalangan negara Islam dan komunitinya.

6. Sexual relationships with muslim women is encouraged to ensure the production of Hindu babies within muslim communities.
6. Jalinkan hubungan seksual dengan wanita Islam dan pastikan anak2 Hindu dilahirkan dikalangan mereka.


7. If you are a pharmacist or doctor, try at all costs to enduce congenital ! defects in the foetus.
7. Jika anda seorang doktor atau ahli farmasi, cuba sebaiknya untuk mencacatkan janin.

8. If you are a nurse or doctor, whisper "Ohm" into the new-born's ear. like what we say azan) 8. Jika anda seorang doktor bidan, bisikkan "Ohm" ke telinga anak yang baru lahir (sepertimana azan orang islam)

9. Try to spoil or damage goods in muslim shops if you are employed by them.
9. Cuba rosakkan bekalan makanan dalam kedai orang Islam sekiranya anda bekerja dengan orang Islam.

10. Become their friends, gain their trust and stab them in the back.
10. Jadilah sahabat mereka, dapatkan kepercayaan dan kemudian khianatilah mereka.

11. Turn others against them.
11. Jadikan orang lain memusuhi Islam.

12. If you work in their homes, try to influence their children or wives way of thinking.
12. Jika anda bekerja di rumah mereka, cuba pengaruhi anak2 dan isteri mereka cara mereka berfikir.

13. Wear a black string around your wrist.
13. Pakailah tali hitam di pergelangan tangan anda.

Perkara ini telah berlaku di Perak,ini lah kerisauan yang dialami oleh mufti Perak...
May you please send this to as many Muslims as you can, it is your duty as a muslim.

TOLONG SEBARKAN KEPADA SERAMAI MUNGKIN ORANG ISLAM. BERGETAR JANTUNG KU, MENYIRAP DARAH KU, TIDAK KU TAKUT MAHU PUN GENTAR, KERANA AGAMA DAN BANGSA YANG TERCINTA, AKAN KU TENTANG HINGGA KE TITISAN DARAH YANG TERAKHIR...
ALLAH HU AKBAR...ALLAH HU AKBAR.. !!!

Nov 21, 2007

:: tolong hormati azan...::

Semut sekadar nak menasihati diri sendiri dan jugak sahabat2 semut sekelian..betapa kemuliaan azan dah semakin tidak diambil peduli oleh kebanyakan orang kita sekarang..jangan sampai akan tiba suatu masa nanti,azan dah langsung tidak didengari..sudah pasti ketika itu kemurkaan ALLAH tidak mengenal sesiapa..

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati, mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal.. tidak dapat berkata apa-apa...lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak ALLAH akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.."Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang melainkan hendaklah menjawab azan seperti mana yg pernah kita pelajari.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya..Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri, mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .

Semut takut dengan kelunya lidah semut semasa ajal hampir tiba, maka semut tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah, dgn izinNya dijanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada ALLAH supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami..

Amin..amin..amin Yarobbal a'lamin..

Oct 23, 2007

:: semut sinclair...??


Adegan panas yang berlaku dikalangan artis-artis tempatan mahupun luar negara sudah dianggap suatu fenomena biasa didalam dunia glamour artis masa kini. Biarpun yang melakukannya sendiri adalah seorang muslim. Betapa tidak kerana tiadanya suatu sistem yang dapat mengawal peribadi seseorang ke arah pembentukan sahsiah peribadi yang berteraskan syariat.

Apabila syariat yang telah ditetapkan itu diabaikan, maka akan bermaharajalelalah segala kemungkaran dan kemaksiatan di muka bumi ini. Lantaran tersebut akan lahirlah sebuah masyarakat atau kaum yang langsung tidak bermaruah dan harga diri sebagai sebaik-baik kejadian yang lebih sedap dipanggil masyarakat yang tidak bertamadun. Perkara semacam ini seolah-olah mahu kembali balik ke arah ' era kegemilangan ' zaman jahiliyah yang dipelopori oleh puak kuffar dahulu.

lagi...

Sungguh semut tidak menduga, biarpun sekadar hanya suka-suka, dan dianggap suatu perkara yang kecil, adegan panas seperti ' bercumbu-cumbuan ' perlu dipandang serius khususnya buat kita selaku muslim yang sentiasa dahagakan kemanisan Iman.

Sedangkan bersentuhan kulit diantara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim pun sudah dikira dosa besar, inikan pula duduk berdua-duan dan bercumbuan diantara satu sama lain. Nah disana pastinya yang menguasai diri ketika itu adalah syaitan yang terkutuk. Apakah kita sanggup menuruti tuntusan hawa nafsu yang dikuasai syaitan yang mana tempat mereka pastinya adalah didalam neraka ALLAH yang maha hebat seksaanNya..??fikir-fikirkan..

Firman ALLAH S.W.T :

ولاتقربوا الزنى انه كان فاحشه وساء سبيلا

"...janganlah kamu menghampiri zina, kerana zina itu suatu pekara yang keji dan seburuk-buruk jalan..." ( al-isra' : 32 )

Semut tak mahu berceloteh panjang lagi sebab sahabat2 semut sekalian pun dah tahu tentang cerita nih dan hukum hakam yang berkaitan dengan akhlak manusia selaku umat Islam. Cuma semut nak ingatkan disini, persepsi setiap orang adalah berbeza. Pasti disana ada suara yang nak pertahankan perkara tersebut kerana menganggap ianya adalah perkara biasa dan tidak mahu diperbesarkan. Tetapi ada jugak yang menganggap sebaliknya. Apa-apa pun kita kembali balik kepada Kitab ALLAH S.W.T dan Sunnah RASULULLAH S.A.W. kerana dua sumber pedoman itulah yang dapat membentuk sahsiah peribadi seorang muslim lantas melahirkan masyarakat yang bertamadun. Hanyalah yang mengikut Al-Quran dan Sunnah sahaja yang akan beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat serta mendapat naungan dan pertolongan ALLAH S.W.T di akhirat kelak.

Firman ALLAH S.W.T lagi..

ومن اعرض عن زكرى فاءن له معيشة ضنكا ونحشرهم يوم القيا مة اعمى

"..barangsiapa yang berpaling dari peringatanKu, sesungguhnya baginya itu kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia dihari Qiamat kelak dalam keadaan buta.."
( toha : 124 )


SEMUT NAK CIUM JUGAK..!!


Masa konvo PMRAM yang lepas, semut tak melepaskan peluang untuk menghadiri majlis tersebut. Sebab ada tetamu yang diundang khas dari Iskandariah iaitu Syeikh Ibrahim Abd Ba'is Al-Kitani. Sebenarnya sudah sekian lama semut tak menghadiri pengajian beliau atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan bermula imtihan fasa lepas.

Malam berikutnya semut sempat jugak menghadiri pengajian beliau yang diadakan di rumah johor. Semut berhasrat nak bersalaman dan berpelukan dengan beliau tetapi tidak kesampaian. Semut berazam akan menghadiri pengajian beliau jika berkelapangan kelak.

p / s : daripada dok cium anak dara orang, baik semut pergi ngadap syeikh untuk menambahkan thaqafah dalam diri...

Oct 21, 2007

:: cerita ular dan babi hitam...


semut ada cerita buat renungan sahabat2 semut sekelian..semut lihat sekarang sudah semakin ramai kawan2 semut yang dah macam tak perasan akan khabar yang disampaikan oleh baginda RASULLAH S.A.W tentang azab seksa kubur..segala apa yang disuruh oleh ALLAH dan RASULNYA tidak lain hanya untuk meyelamatkan umat manusia dari lembah kehinaan..fikir2 kan dan ingat-mengingatilah kita antara satu sama lain..

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda, kenapa kamu menangis?" Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu,maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah W.T, kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula.Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku,lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak.Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,Laa ilaha illallah Muhammad Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, diantaranya;


1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang.
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.


p/s : semut pun takut akan seksaan dan azab ALLAH s.w.t. Moga sahabat2 semut sekelian sentiasa melakukan amal soleh dan tidak melanggar arahan ALLAH s.w.t.

barakallahu fi kum ..

Oct 16, 2007

:: surat setan untuk semut..??


ada sedikit coretan utk 'semut'..takut jgak semut nak membacanya,tetapi bila memikirkan ianya sesuai dikongsi bersama sahabat2 'semut' maka 'semut' taruk jugak kat sini..semoga SETAN/IBLIS semakin membenci dengan kita kerana tidak mengikut tuntutannya..hanyalah dengan amalan kebajikan serta rahmat ALLAH s.w.t. yg dapat menjanjikan kebahagiaan kita diakhirat sana..

***********************************************************

SURAT DARI SETAN UNTUK SEMUT

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu,

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu..

Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan solat Isya' sebelum berangkat ketempat tidurmu..

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya..

Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu..

Hai Bodoh, kamu millikku..

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,

dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu..

Malah aku masih membencimu, karena aku benci akan ALLAH..

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada ALLAH..

Dia sudah mencampakkan aku dari syurga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk membalas dendam..

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan..

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,

dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka..

Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH..

Aku benar-benar berterima kasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani..

Kita menonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manzalimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua ,

Tidak menghargai Masjid, berperilakuan buruk..

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja..

Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya..

Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita..

Ini hanya merupakan surat penghargaanku buat mu..

Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku
memanfaatkan hampir semua masa hidupmu..

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku mentertawakanmu..

Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa..

Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu..

Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda..

Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa..

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin..

Lakukan semua ini dihadapan anak-anak dan mereka akan menirunya..

Begitulah anak-anak..

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang..

Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi..

Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu..

Dan hidup untuk ALLAH dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit..

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh..

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu..

Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH..



*****************************************************************************

p/s : surat ini bukan utk 'semut' sahaja bahkan jugak utk sedara2 seaqidah khasnya dan seluruh umat manusia amnya..

Oct 14, 2007

:: ziarah tetamu tak diundang...


Kita di ziarah malaikat maut setiap 21 minit?...jom berfikir sejenak..!!

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "..Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa..."

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.Golongan Ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut..

1 hari = 24 jam = 1440 minit

1440 minit / 70 = 20.571 minit

Ini bermakna MAILAKAT MAUT menziarahi kita SETIAP 21 minit..

Agak-agaknya macam manalah kehidupan kita masa malaikat tu datang…entah- entah tengah gelak-gelak main computer,fantasy football la, tengah chat kat yahoo mesengger,tengah tengok melodi TV3,tengah tengok scenario,tengah sibuk tengok Kasih Suci, Manja Lara, Susuk-Degawan, tengah tengok English Premiere League dan bermacam-macam hiburan televisyen di TV3, RTM, Astro ,DVD,VCD, PS2, karaoke dan lain-lain..

Sibuk betul life kita sampai terlupa yang satu ketika nanti kita akan di jemput jua ke rahmat Allah. Apakah cukup bekalan kita di sana nanti hingga kita leka dengan keindahan dunia yang sementara ini?

Harap2 'semut' dan sahabat2 sekalian dapat membuat persediaan yang rapi sebelum datangnya tetamu yang tidak diundang ini..moga ALLAH S.W.T merahmati kita ketika kunjungan itu..

Madrasah tarbiah Ramadhan baru saja berlalu..moga didikan darinya membuat kita terus istiqamah beramal dalam bulan2 yang seterusnya sehingga sampai saat yang ditetapkan..

"..allahummakhtimna bihusnil khotimah, wala takhtimna bi su'il khotimah.."
amin ya rabb..

p/s : persediaan 'semut' belum sempurna lagi..

Oct 12, 2007

:: salam aidilfitri...



Sungguh cantik kain pelikat, dipakai orang pergi ke pekan.
hari raya semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan..

Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami,
harapan diri bertatap langsung, cuma ternukil luahan hati..

Sebelum cahaya syurga padam, Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu taubat tertutup,
Saya mohon maaf zahir dan batin....

Mata kadang salah melihat....
Mulut kadang salah berucap....
Hati kadang salah menduga.....
Maafkan segala kesilapan yang pasti ada....

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

:: andai kau tahu...

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya engkau sibuk berzikir
Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
Mendayu ..merayu...kepada- NYA Tuhan yang satu..

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjakan..sungguh khusyuk lagi tawadhu'
Tubuh dan qalbu..bersatu memperhamba diri
Menghadap Rabbul Jalil..menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
( sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku,dan matiku..
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam )

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan kau sia-siakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu engkau sibukkan dengan
Bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
Mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga -MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
Mari kita meriahkan Ramadhan
Kita buru...kita cari...suatu malam idaman
Yang lebih baik dari seribu bulan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
Mempersiap diri...rohani dan jasmani
Menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ....lorong-lorong ridha Ar-Rahman
Duhai Ilahi....

Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
Jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
Menerangi kegelapan hati kami
Menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun sahabat...
Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
Apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
Yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
Berusaha...bersedia...meminta belas-NYA
Andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita

Sep 27, 2007

:: bisikan harapan...

Makin lama makin ku nak mencuba untuk menabur harapan melihat ISLAM terus unggul dimata dunia,akan tetapi kemajuan umat dunia kini dalam mengejar duniawi memaksa harapanku berkubur..Walaupun masih ramai pejuang ISLAM yang sanggup menggadai nyawa mereka demi menegakkan syiar yang agung, belum ada anjakan paradigma dalam membuat perubahan dari kalangan masyarakat ISLAM khususnya..

Lantas diri ini berasa terpanggil untuk bersama-sama mata rantai RASULULLAH dalam nak meneruskan warisan kesinambungan baginda S.A.W. Namun pemikiran diri ini tidaklah sebijak pemikir ANWAR JUNDI..tidaklah sebijak MAHATHIR MOHAMAD..tidaklah sepantas ASTORA JABAT..tidaklah sebisa MAT SABU dalam nak mangukir kata-kata seperti mereka. Akan tetapi diri ini berkemungkinan besar mempunyai semangat yang lebih kental untuk melihat keagungan agama ILAHI terus bersinar..

Tidak dinafikan juga diri ini masih mempunyai banyak kelemahan yang perlu diperbaiki..Diharap para sahabat seperjuangan sekalian dapat membantu dalam menyampaikan risalah dakwah..moga keutuhan dan ketuanan ISLAM dapat ditegakkan..

Salam ukhwah..

Sep 10, 2007

:: 4 rahsia...

Sesungguhnya Allah s.w.t menyembunyikan empat perkara dalam empat keadaan.

1. Disembunyikan redhonya ketika taat padanya,maka janganlah menghina amal yang remeh dan sedikit kemungkinan terdapat padanya redho Allah tanpa diketahui.


2. Disembunyikan kemurkaanNya pada kemaksiatan hambanya maka janganlah kalian memperkecilkan dosa yang kecil kemungkinan padanya kemurkaan Allah yang tidak diketahui.


3. Disembunyikan juga waktu dikabulkan doa maka janganlah kalian memandang remeh dalam berdoa kemungkinan ia bertepatan dengan waktu dimakbulkan doa sedangkan hambanya tidak mengetahui.


4. Dan disembunyikan juga wali dari kalangan hambanya maka janganlah di antara kamu memperlekeh mereka yang berpakaian hodoh dan buruk barangkali dia adalah wali Allah sedangkan kamu tidak mengetahui.